Friday, 27 April 2012

ANTARA KOLEKSI KOLEKSI YANG DI MAHARKAN  OLEH WARISAN SENI PURBA PERAK



1.




2.


3.




4.




5.



















§

FUNGSI KERIS DALAM MASYARAKAT MELAYU


Image Detail
Keris mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat Melayu dari dulu sampai kini. Anggapan keris hanya senjata untuk berperang atau membunuh tidak benar sama sekali. Fungsinya samada secara sosiologikal atau antropologikal tidak dapat dinafikan antara lain sebagai: 
§1.  Simbol Kekuasaan
§
  • Keris dijadikan perangkat adat istiadat yang melambangkan kekuasaan , kewibawaan, kedaulatan seseorang raja  atau sultan sesebuah negeri,misalnya Keris Tajung dan Penyalang adalah keris rasmi Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Malaysia . Keris Tajung dari gading bertatah emas, melambangkan seorang raja dari bangsa agong, keturunan yang baik, berwibawa, berkarismatik, ketuanan terhadap jajahan takluknya yang sekaligus bangsa Melayu adalah bangsa agong, bangsa terhormat. Terapang pula adalah keris keadilan dan perundangan yang bertapak kuda berbunga pakma (raflesia) sebagai pelindung, penaung yang membawa kesejahteraan kepada rakyat untuk berlindung dan bernaung.


§
  • Perkara yang sama juga terjadi kepada negeri-negeri bersultan di Malaysia. Setiap negeri mempunyai keris kebesarannya. Negeri Sembilan berbeza sedikit kerana tidak mempunyai keris pendek tetapi lapan bilah keris panjang, sebagai keris diraja yang semua berasal dari Pagar Ruyong Sumatera. 
§
§
  • Di  zaman dulu, keris di anugerahkan kepada pembesar sesuai denghan jawatan masing-masing sebagai kuasa mentadbir. Misalnya negeri Kelantan, Sultan menganugerahkan keris anak alang kepada penggawa (penguasa daerah) sebagai lambang penyerahan kuasa untuk mentadbir daerah di bawahnya. 


§2. Perantara Perbomohan dan Perubatan

§
  • Kerana keris dipercayai mempunyai mistik, juga dianggap azimat, keris seringkali digunakan sebagai perantara iaitu “berisi”, berkhadam, bercahaya dan sebagainya. Sehingga ada keris khusus untuk sakit tuan (lemah tenaga batin) iaitu keris kepala mayat seakan-akan keris picit.




§3.  Keris sebagai pelengkap adat istiadat Melayu. 

  • Dijadikan pelengkap berbusana adat istiadat perkahwinan yang mana pengantin lelaki menyelit keris pendek  di pinggang dan membawa keris panjang di tangan kanan. Meminjam konsep raja iatu Raja Sehari.
§
§4. Keris Cenderamata .
  • §Cenderamata antara kerajaan, misalnya dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan Melaka menerima dan menghadiah keris kepada negeri-negeri sahabat dan juga taklukannya. Sultan Iskandar Muda, sultan Acheh telah menghadiah sebilah keris panjang kepada King James 1, raja England pada tahun 1613.

    5. Persilatan.

    Digunakan sebagai senjata utama dalam pertarungan Seni Silat Beladiri Melayu Nusantara seperti silat gayong,silat cekak dan lain2.


    §Penutup:

    §Memahami keris Melayu, memerlukan kefahaman tentang budaya Melayu itu sendiri. Keris merupakan bendawi yang di dalamnya terkandung gagasan, wawasan, aspirasi, hasrat, perasaan, akal budi yang segala macam yang tersurat “Melayu, bangsa agong”, psikologi dan emosi, adat dan undang-undang, kedudukan dan peranan manusianya, sehingga “Melayu takkan hilang di dunia” dalam apa jua keadaan.
    §
    §Wallahualambissawab.

§

  • §

DIDALAM KERIS YANG SEBILAH,TERKANDUNG TUAH DAN MARUAH,YANG TUAHNYA SELILIT KEPALA,


YANG MARYAHNYA SELILIT PINGGANG,YANG TERSIMPAN  DALAM PAMOR,  YANG TERSEMBUNYI  DALAM MATA,



YANG TERSOROK DALAM SEPUHAN,YANG TERSELINDUNG  DALAM BESI,



 YANG TERPATRI DALAM BAJA, YANG TERPEGANG DALAM HULU, YANG TERLEKAT DALAM SARUNG.


JENIS JENIS KERIS DIKENALPASTI

Jenis keris yang dianggap asli ialah Keris Majapahit (gambar 1) yang telah dipergunakan di tanah Jawa sebelum pertengahan kurun yang ke 14. Dan ianya dikatakan tidak digunakan sebagai senjata tetapi hanya sebagai azimat.

Suatu hal yang sangat menarik perhatian, kiranya dalam suatu penelitian dan kajian dijumpai sebuah senjata pendek sejenis keris dinegeri Vietnam (gambar 2) yang terbuat dari tembaga dengan ulunya bergambar orang dan bertarikh kira-kira 2000 tahun dahulu.



Sebagai senjata yang disanjung tinggi, maka ianya juga sangat berkaitan dengan yang namanya kesaktian ataupun kuasa yang istimewa pada sesuatu keris. Kononya Keris Laksamana Hang Tuah (Tameng Sari) boleh keluar sendiri daripada sarungnya dan terbang ke udara, seakan-akan mempunyai kuasa atau kesaktian untuk mengejar musuhnya. Terdapat pula sebuah cerita, sebelum perang dunia kedua, ketika diadakan pameran keris di sesuatu negeri, tiba-tiba pada suatu malam, salah satu keris yang ada di dalam peti keluar dengan sendirinya untuk membunuh musuhnya dan setelah selesai membersihkan bekas darah mangsanya bekas tikaman yang terlekat pada mata keris, maka keris itupun pulanglah ke tempatnya semula sebelum hari siang.


Konon ada juga terdapat kepercayaan yang mengatakan bahwa ada sebilah keris sakti yang boleh membunuh musuhnya hanya dengan menikam bekas tapak kaki orang yang dimaksudkan. Kemudiannya keris juga dipercayai boleh memindahkan api dari sebuah rumah yang sedang terbakar kepada tempat lain dengan mengarahkan ujung keris di tempat rumah terbakar itu ke tempat yang lain. Dan banyaklah cerita-cerita yang lain tentang kesaktian sebilah keris.

Berikutnya akan dapat diketahui beberapa bahagian dari sebilah keris itu dengan nama-namanya sekalian (gambar 3a, b, c) seperti berikut ini :




1. Mata Keris.
Mata pada sebuah senjata mempunyai dua arti. Yang pertama ialah bahan yang meliputi pada seluruh badan senjata itu dan yang keduanya ialah tepi mata yang tajam yang terdapat pada kedua-dua tepi badan matanya, umpamanya seperti yang kita lihat pada senjata yang bernama Tumbuk Lada ataupun Rencong Aceh hanya mempunyai satu tepi mata yang tajam.

Panjang atau lebarnya mata sebilah keris itu tergantung kepada bentuk-jenisnya. Setelah dilakukan penelitian bahwasannya pada sebilah keris itu mempunyai mata keris yang beragam dan tak sama ukuran panjang dan lebarnya. Hal yang sedemikian dapat kita lihat pada jenis hingga 10 13/16 inci. Sedangkan lebarnya antara 7/16 hingga ¾ inci. Adapun jenis kering yang biasa (gambar 4), panjangnya di antara 8 15/16 hingga 15 ½ inci. Lebarnya antara ¼ hingga 1 3/16 inci. Jenis Keris Panjang (gambar 5), panjangnya diantara 18 hingga 25 inci. Lebarnya di antara 11/16 hingga 15/16 inci.

Bagian-bagian dari keris :
- Putting keris
- Kepala cicak
- Leher keris
- Perut keris
- Sepit Rotan
- Dagu keris
- Ekor keris
- Kepit
- Aring
- Ganja
- Janggut
- Lambai Gajah
- Belalai Gajah
- Kambing Kacang
- Rigi
- Gandik
- Tulang keris
- Mata keris
- Pamo(u)r
- Ujung keris (tuntong keris)

Nama-nama bahagian ulu dan sarung keris
- Sampir
- Batir-batir
- Batang
- Tuli-tuli
- Buntut

Sedangkan jenis keris Sundang (gambar 6) sejenis keris yang dipergunakan sebagai senjata untuk menetak dan melibas dan bukan untuk menikam panjangnya di antara 18 5/8 hingga 24 ½ inci. Lebarnya di antara 1 3/8 hingga 1 11/16 inci. Mata sebilah keris ada yang lurus dan ada pula yang ber-lok dan jumlah bilangan lok-lok yang terdapat pada sebilah keris adalah dalam bilangan ganjil dan belum pernah ditemui lok-lok mata keris yang genap bilangannya. Konon menurut ceritanya adapula mata keris yang bilangan loknya sampai 31 dan 47 lok.

Menurut para cerdik-pandai dibidang perkerisan mengatakan, bahwa keris yang ber-lok boleh memberikan kecederaan yang lebih menggerunkan daripada sebuah tikaman keris yang lurus.

Mengikut kepada teori G. B. Gardner (pada tahun 1936) bahwa keris-keris yang asal mempunyai mata yang lurus dan juga lok-lok yang terdapat pada mata keris meniru dari senjata-senjata orang India yang terbuat dari tanduk kambing gurun. Sebenarnya tidak semua teori tersebut benar adanya. Kalau berkenaan mata yang lurus mungkin boleh diterima, tetapi kalau berkenaan dengan lok? Akan bisa dilihat perbedaannya, sebab tanduk kambing gurun berbentuk seperti pemulas yang bergelung (Gambar 7). Sedangkan lok itu walaupun berkelok juga tapi mata keris (Gambar 8) sama rata tebal dan tipisnya.

Adapun cara menghitung lok di mata keris adalah dengan mendahulukan bahagian berlok berselang-selang pada kedua belah mata keris mulai dari lok yang terletak di sebelah bahagian dagu ganja kemudian di sebelah bahagian aring, dan seterusnya. Jikalau keris itu hanya sekelok saja maka keris itu diperkatakan dengan keris berlok tiga. Beberapa nama keris dapat juga diperkatakan berdasarkan jumlah lok pada mata keris, umpamanya:
1. Keris Sapukal yaitu keris yang lurus saja (tidak berkelok).
2. Keris Sempana yaitu keris mempunyai 3, 5, 7 lok.
3. Keris Cerita yaitu keris yang mempunyai 9 sampai 15 lok.
4. Keris Rantai atau Keris Lemona yaitu keris yang memiliki 19 lok atau lebih.

Mata keris ada yang berpamor dan ada pula yang licin. Jika ianya berpamor, keris itu dinamakan Keris Berpamor dan yang licin dikenal dengan nama Keris Melela. Kebanyakannya keris-keris yang ada di tanah Melayu adalah keris berpamor.

Adapun yang dimaksud dengan keris berpamor adalah sebilah keris yang diperbuat atau di tempa oleh seorang pembuat keris (empu), dengan memadukan beberapa lapisan jenis logam besi dan nikel yang bentuknya lebih lebar daripada besi yang lain. Tepi- tepi keping besi yang lebar itu akan menjadi tepi-tepi mata keris dan apabila jenis-jenis lapisan ini ditempa ia akan mengeluarkan pamor yang halus dan cantik.

Mengikut kepada kepercayaan orang-orang Melayu, sebilah keris haruslah diperbuat atau ditempa sekurang-kurangnya terdiri dari 2 jenis besi yang berlainan. Dan jika berkehendakkan jenis keris yang lebih baik hendaklah ditempa dari 7 jenis besi. Konon, Keris Laksamana Hang Tuah telah ditempa dengan menggunakan 20 jenis besi yang diambil dari beberapa tempat.

Mata keris yang mempunyai lok-lok yang panjang, biasanya mengerjakannnya mulai dari bahagian pangkalnya berselang-selang di atas landasan setelah bahagian tersebut dipanaskan. Sedangkan mata keris yang lok-loknya pendek mengerjakannya dengan cara dikikir. Lazimnya hanya kepada mata keris Melela yang dikikir, sedangkan jika keris berpamor jika dikikir akan merusakkan kecantikan di mata keris itu.

2. Puting Keris
Puting keris juga biasa disebut dengan paksi ataupun tangkai, dan puting itu hendaklah diperbuat menyatu dengan mata keris yang dipasangkan ke dalam ulu keris.

3. Ganja Keris
Adalah sekeping besi yang mempunyai sebuah lubang untuk dipasangkan kepada puting keris. Pada satu bahagian ujung ganja bentuknya tebal serta tumpul dan bahagian yang lain meruncing serta berbentuk tipis. Ganja Keris biasanya dibuat dari bahan yang berlainan. Ada juga yang dibuat menyatu (seiras) dengan matanya, dan biasanya keris yang sedemikian disebut keris ganja seiras. Jikalau ganja dan matanya dibuat berasingan ianya dinamakan Keris Ganja Menumpang.

4. Dagu Keris
Adapun yang dimaksud dengan dagu keris adalah bahagian luar dari muka ganja.

5. Kepala Cecak
Jikalau kita perhatikan bentuk ganja keris dari bahagian atasnya, ternyata ianya mirip dengan bentuk seekor cecak (gambar 9). Bahagian yang terletak di ujung ganja keris itulah yang disebut kepala cecak.

6. Leher Keris
Leher keris terletak dibahagian yang cengkek di bawah kepala cecak.

7. Perut Keris
Bahagian perut keris paling mudah untuk dilihat, karena ia bahagian yang babor di bawah leher keris.

8. Sepit Rotan
Sepit Rotan pada keris terletak di bagian yang cengkek di bawah perut keris.

9. Ekor Keris
Sedangkan yang disebut ekor keris adalah bahagian yang berada di sepit rotan.

10. Kepit Keris
Kepit bahagian yang memotong dan berbentuk tipis berada di ujung ganja keris.

11. Aring Keris
Ialah kerawang-kerawang yang terdapat di ujung belakang ganja keris. Sebilah keris yang mempunyai ganja keris yang berkerawang, keris itu dinamakan keris ganja rawan atau keris ganja kerrawang.

12. Gandik Keris
Sedangkan yang disebut dengan gandik keris adalah bahagian yang terletak sangat dekat dibahagian dagu ganja.

13. Kambing Kacang
Kambing kacang atau disebut juga dengan awak merupakan bahagian kempum yang terletak di tengah-tengah kedua belah pangkal mata keris dan dekat dengan ganja.

14. Belalai Gajah
Belalai gajah atau disebut juga dengan kuku alang, adalah puting yang melengkung mengarah ke atas dagu ganja. Tersebutlah di sebuah museum (Musium Negara, Malaysia) mempunyai sebilah keris ( Gambar 10) yang memiliki belalai gajah terletak lebih kurang 2/3 dari bahagian pangkal matanya dan tidak berdekatan dengan dagunya.

15. Lambai Gajah
Ada juga yang menyebutnya sebagai Lidah Tiung, yaitu puting yang tajam dan terletak di ujung lengkong belalai gajah.

16. Rigi Keris
Bahagian yang bergigi atau bergerigi seperti sebesar sekira-kira ujung beras.

17. Janggut Keris
Kerawang-kerawang yang terletak di bawah aring dan belalai gajah.

18. Tulang Keris
Adalah garisan timbul, kadang-kadang terdapat di tengah-tengah kedua belah mata keris.

19. Ujung Keris
Adalah bahagian di ujung keris yang bentuknya runcing.

20. Tuntung Keris
Merupakan bahagian dari ujung keris yang paling ujung dan tajam.



21. Ulu Keris
Selain daripada jenis-jenis keris yang mempunyai ulu dan mata yang menyatu seperti Keris Majapahit dan Keris Picit (gambar 11) kesemua jenis-jenis keris yang lain mempunyai ulu yang biasanya diperbuat daripada kayu, tanduk, gading ataupun tulang.

Kayu yang dipilih untuk membuat ulu keris selalunya diambil dari kayu yang baik dan cantik, seperti kayu kemuning. Ulu yang diperbuat dari kayu adalakanya juga diseliputi dengan logam, seperti perak atau tembaga. Biasanya ulu keris yang terbuat dari emas adalah milik raja-raja atau kerabat diraja.

Sultan Muhammad Syah (abad 15) pernah mengisytiharkan bahwa hanya kerabat-kerabat diraja saja yang boleh menggunakan keris yang berulukan emas. Keris berulukan dikenal dengan nama keris ulu kencana, Keris Harubi, Keris Merubi ataupun Keris Bawang Sebongkol.

Oleh karena keris digunakan sebagai senjata untuk menikam maka ulunya dibentuk sedemikian rupa yang tidak mudah terlepas dari genggaman tangan. Cara untuk memasukkan mata keris dipasangkan pada ulunya ialah dengan memasukkan puting keris ke dalam lobang yang telah disediakan kemudian diperkuatkan lagi dengan menuang jabong untuk menutupi rongga-rongga lobang tersebut. Itulah sebabnya maka ulu-ulu keris dibentuk dengan keadaan sedikit bengkok.

Biasanya pada ulu keris terdapat ukiran-ukiran yang berbagai rupa yang mengikut kepada kemauan pembuat atau pemesannnya. Ukiran-ukiran di ulu keris juga mengikut kepada kepercayaan agama. Sebelum kedatangan agama Islam, yaitu semasa Hindu biasanya dibentuk menyerupai dewa-dewa Hindu seperti yang terdapat di Jawa dan Bali. Tetapi kemudiannya setelah agama Islam masuk ke nusantara bentuk tersebut telah berubah menjadi bentuk yang dikenali sebagai Jawa Demam (Gambar 3 b).

22. Pendongkok Keris
Ada juga yang menyebutnya dengan penongkok, dokok, dongkok, dulang-dulang keris ataupun memendak. Pendongkok yaitu sebentuk cincin berbentuk seperti tampik bunga yang dipasangkan pada pangkal ulu sebagai perhiasan kepada ulu keris. Pendongkok keris ini boleh diperbuat daripada perak (gambar 12 a) atau dari tembaga (gambar 12 b, c) dan biasanya berukir bunga.
Ada juga pendongkok dari tembaga yang dihiasi dengan bentuk bunga dawai pintal dan ada yang bertatahkan batu permata yang melekat begitu kuat oleh gandar-gandar pendongkok (gambar 12 d)



SARUNG KERIS
Sempurnanya sebilah keris jika ianya bersarung, oleh karenanya keris haruslah mempunyai sebuah sarung keris. Sedangkan sarung keris itu sendiri memiliki tiga bahagian tertentu yang disebut, Sampir, Batang dan Buntut.

23. Sampir
Ialah bahagian yang lebar serta tebal dan mempunyai bentuk jalur bujur sangkar (Gambar 13) dan jalur bulat (Gambar 14) yang terletak melintang secara miring pada bahagian atas sarung keris. Sampir diperbuat dari kayu yang keras dan cantik seperti kayu kemuning dan ada kalanya diperbuat dari gading.

Mulut sampir ditebuk untuk menyarungkan bahagian pangkal mata keris, itu sebabnya bentuk sampir selalu mengikut akan keadaan ganja sesebilah keris, yaitu miring ke atas pada sebelah aringnya. Kecuali pada sampir keris-keris Bali (Gambar 15) biasanya sampir-sampir keris ini tidak diukir. Ada kalanya sampir dibalut pula dengan perak yang berukir ukir-ukiran bunga.

24. Batang
Batang sarung keris berbentuk panjang lurus dan ada yang meruncing sedikit, kesebelah bahagian ujungnya. Bahan batang sarung keris juga diperbuat dari kayu atau gading. Biasanya kayu yang digunakan adalah kayu sena (sene) dan ada juga terbuat dari kayu kemuning.

Sebuah kayu yang akan dibuat untuk batang keris dibuat sedemikian rupa, kemudian dibelah sama besar. Setiap sekepingnya ditebuk atau dikorek (dikikis) sehingga beralut yang memungkinkan sebilah mata keris dapat masuk dan pas. Kemudian kedua keeping kayu yang telah dikikis itu dicantumkan (gabung) yang diperkokohkan dengan jabung (sejenis bahan perekat). Tetapi kalau batang keris itu terbuat dari gading, ianya tidak dibelah melainkan di korek sehingga mendapat bentuk torak bagi menyarungkan mata keris ke dalamnya.

Untuk menguatkan lagi cantuman (gabungan kayu yang dibelah) itu biasanya dipasangkan pula dengan simpai-simpai rotan ataupun gelang logam. Ini bukan saja menguatkan cantuman batang keris tetapi boleh menjadi perhiasan kepada batang keris itu sendiri.

Kemudian sarung keris (batang) dipasangkan pada sampir menerusi sepasang lidah yang disediakan pada batangnya (Gambar 16) dan dikuatkan dengan jabong.

25. Buntut
Buntut dari sarung keris juga diperbuat dari kayu, tulang, tanduk atau gading bahkan juga terbuat dari logam. Buntut sarung keris mempunyai empat jenis bentuk yang berlainan, yaitu:
a. Bulat Tempurung (gambar 17a)
b. Bujur Sirih (gambar 17 b)
c. Bujur Sangkar (gambar 17 c)
d. Mata Kapak (gambar 17 d)

Biasanya ada semacam kecenderungan sampir yang berbentuk seakan-akan bujur sangkar, maka bentuk buntutnya juga seperti bujur sangkar (gambar 18). Sebaliknya apabila sampir keris mempunyai bentuk jalur bulat maka buntutnya berbentuk bujur sirih ataupun bulat tempurung (gambar 19). Bagi buntut yang berbentuk mata kapak pula ianya hanya terdapat pada sarung keris bentuk jalur bujur sangkar dan tidak selalu buntut itu dibuat dari gading atau logam. Kecuali pada buntut berbentuk mata kapak. Bahwa apabila buntut keris berbentuk bulat tempurung ataupun bujur sirih disalut dengan logam pada bahagian batang sarung keris. Maka bentuk buntutnya bertukar kepada bentuk bujur sangkar.

Kalau seandainya pada bahagian bawah sarung keris (termasuk buntut) diseliputi dengan emas maka keris ini dinamakan keris pendok. Sebaliknya apabila pada keseluruhan batangnya (termasuk buntut) bersalut dengan emas, maka keris itu dinamakan dengan Keris Terapang. Tetapi apabila seluruh sarung disalut dengan emas maka ia dinamakan Keris Terapang Gabus.

26. Tuli-Tuli
Ada juga terdapat susunan bergelung pada batang sarung keris yang dibuat daripada tali benang emas. Ini dinamakan tuli-tuli yang kegunaannya ialah untuk mengikat sarung keris kepada tali pinggang si pemakaiannya. Biasanya tuli-tuli hanya terdapat pada sarung keris pendok ataupun batang keris yang tidak berselaput sesuatu logam.

27. Batir-batir
Tuli-tuli dipasangkan kepada sebuah butang emas ataupun perak yang dinamakan batir-batir.

CINCIN MELAWAN
Jika ujung keris itu terutama kepada keris yang memiliki ulu yang pendek, terhentak kepada tulang anggota mangsanya, biasanya jari-jari sipemakainya akan terlucut (lepas) daripada pegangan dan boleh terhentak kepada bahagian ujung aring keris, sebagaimana ditunjukkan pada gambar 20. a dan 20. b. Hal yang sedemikian boleh membuat jari-jari si pemakainya terluka.

Oleh karenanya untuk mengelakkan kejadian yang tiada diinginkan oleh sipemakainya, maka keris tersebut dipasangkan sebuah cincin pada jarinya dan ianya berbentuk tebal pada bahagian badannya. Menurut G.B. Gardner cincin ini dinamakan Cincin Melawan ataupun Cincin Pancar Kenyang. Akan tetapi di dalam kamus R. J Wilkinson ianya diketahui dengan mana Cincin Pacat Kenyang dan bukannya Cincin Pancar Kenyang.

Thursday, 26 April 2012



Senjata Tradisional Masyarakat Melayu


Senjata yang dipergunakan masyarakat Melayu sebenarnya sudah dikenal lama baik yang diperbuat secara sederhana sampai kepada senjata-senjata yang dikenal sekarang ini. Juga diketahui bahwa peralatan senjata-senjata tersebut ada yang dikenal sebagai senjata untuk menyerang, mempertahankan diri termasuk juga senjata yang dapat dipergunakan untuk memenuhi kebutuhan hidup seperti untuk berburu dan lain sebagainya.

Menurut Muhammad Usman dan kawan-kawan (1987/1988,:13) senjata adalah sejenis alat yang dibuat oleh manusia untuk keperluan dalam menghadapi lingkungan di mana manusia itu berada. Biasanya senjata dipergunakan untuk membela diri, kepentingan berperang, menyerang lawan dan juga berkenaan memburu binatang.

Konon ketika masyarakat Melayu belum mengenal logam untuk bahan membuat senjata, bahan yang dipergunakan adalah batu yang dibentuk sedemikian rupa sehinggalah pekerjaan kepada pembuatan senjata itu sangat sederhana. Tetapi kemudiannya seiring kepada perjalanan waktu, memasuki kepada masa Sriwijaya dan kemudian Majapahit, senjata yang dibuat dan digunakan oleh masyarakat Melayu sudah beragam dan lebih baik buatannya.

Senjata yang diperbuat kemudiannya dari logam telah beragam seperti tombak, golok (parang), keris dan lain sebagainya yang dapat dipergunakan oleh masyarakat Melayu guna menyerang, mempertahankan diri dan juga untuk memenuhi keperluan hidup.

Masuknya kebudayaan Islam di tengah-tengah kehidupan masyarakat Melayu pada kira-kira abad ke 15 menyebabkan masyarakat Melayu mengenal senjata seperti pedang. Kemudiannya ketika masuknya pemerintah kolonial, barulah dikenal senjata lainnya seperti senapan, meriam dan lain sebagainya.

Dari beberapa jenis senjata tersebut pada saat sekarang ini, adalah yang tidak dipergunakan lagi dan kemudiannya punah. Sedangkan beberapa senjata yang masih dipergunakan adalah parang,serampang, tombak dan juga keris, malah ada yang hanya dijadikan pajangan ataupun barang pusaka.

Bentuk senjata yang diciptakan pada dasarnya dipengaruhi oleh keperluan manusia itu sendiri untuk tujuan apa dan bagaimana. Disamping bentuk, senjata juga dipengaruhi oleh tingkat pengetahuan dan teknologi manusia pada saat senjata tersebut dibuat. Oleh karena itu terdapat berbagai ragam bentuk senjata dengan segala kegunaannya menurut lingkungan di mana manusia tersebut bertempat tinggal. Masing-masing senjata tersebut terdiri dari beberapa unsur baik dari segi jumlah unsur yang terkandung di dalamnya maupun dari segi mutu yang menyangkut pada bahan, cara pembuatan, ragam hias dan sebagainya. (Sumintarsih dkk, 1990:121).

Berkenaan dengan perihal yang sedemikian, masyarakat Melayu mengembangkan bentuk-bentuk senjata yang khas sesuai pula dengan kebudayaan yang dimiliki. Bentuk senjata yang dibuat disesuaikan dengan tujuan yang hendak dilakukan atau dicapai. Misalnya keris, senjata untuk menyerang ini dibuat runcing dan matanya tajam. Bentuk ini dibuat supaya mudah mengenai sasaran dan dapat mematikan atau melumpuhkan lawan. Demikian juga senjata yang diperbuat untuk kegunaan keperluan hidup seperti parang dan pisau. Bentuknya dibuat pipih dan matanya diasah hingga tajam supaya dapat memotong atau membelah hewan, kayu, buah-buahan, sayur-sayuran dan benda-benda lainnya.

Adakalanya senjata tradisional yang dibuat masyarakat Melayu bentuknya sederhana. Dikatakan sederhana karena memang terbuat dari bahan serta cara pembuatannya yang sedehana, seperti panah, sumpitan, bahkan lastik (ketapel).

Disamping senjata sederhana, ada juga senjata jenis tradisioanal yang bentuk dan cara pembuatannya rumit. Selain itu juga dilengkapi dengan sarungnya. Hal ini dilihat dari cara pembuatan keris, pedang dan tombak. Pada senjata ini biasanya terdapat ukiran, yaitu pada tangkai, bilah dan sarungnya. Tidak semua pandai besi mampu membuat senjata yang mempunya sarung dan ukiran. Diperlukan keahlian khusus bagi pandai besi untuk membuatnya.

Pada keperluan tertentu, misalnya guna menusuk atau menikam lawan, senjata tradisional yang dibuat untuk seperti ini adalah yang pendek, ringan dan tidak begitu besar. Ini dimaksudkan agar mudah menggunakannya dan tidak perlu menggunakan tenaga yang besar dalam menggerakkan senjata tersebut. Dalam hal ini senjata yang biasa digunakan adalah keris. Karena sesuai dengan fungsinya keris merupakan senjata untuk menikam atau menusuk lawan.

Ditinjau dari bentuk fisiknya, ada kalanya senjata yang dibuat bentuknya lurus, bengkok dan berlekuk. Senjata yang bentuknya lurus seperti pedang dan tombak. Ada juga keris yang dibuat bentuknya lurus. Senjata yang bentuk fisiknya bengkok adalah parang dan panah. Sementara itu, senjata yang bentuknya berlekuk diwakili oleh keris. Dari bentuk fisik senjata tradisional ini, tercermin cara penggunaannya dan untuk jenis pekerjaan apa digunakan.

Selain bentuk tersebut diatas, ada jenis senjata tradisional yang dibuat atau dilengkapi dengan hiasan. Bentuk atau motif tertentu diukir pada bagian senjata sehingga memperindah bentuk badan senjata. Ukiran yang terdapat pada senjata, terutama keris, pedang, dan tombak adakalanya berasal dari sepuhan emas atau logam berharga lainnya. Bentuk senjata seperti ini biasanya hanya dimiliki oleh orang kaya atau kamu bangsawan.

Dilihat dari mata atau sisi senjata, pada dasarnya senjata tradisional masyarakat Melayu dibuat bermata satu, dua, dan ada juga bermata tiga. Dari bentuk mata senjata tradisional ini terpancar cara penggunaan dan keefektivitasan pekerjaan orang yang menggunakan senjata tersebut. Senjata tradisional yang bermata satu terlihat dari berbagai jenis pisau dan parang. Senjata yang bermata dua adalah keris, pedang dan tombak. Sementara itu senjata yang bermata tiga adalah serampang.

Untuk pekerjaan memburu hewan atau menangkap ikan, bentuk senjata yang dibuat disesuaikan dengan pekerjaan yang dilakukan. Hal ini dimaksudkan agar hewan yang diburu atau ikan yang hendak ditangkap segera didapatkan. Untuk pekerjaan seperti ini, senjata yang digunakan harus bermata tajam dan runcing serta bisa digerakkan sejauh mungkin. Pada masyarakat Melayu bentuk senjata seperti ini diwakili oleh tombak yang dapat digerakkan dengan cara melemparkannya pada sasaran yang ditombak. Bentuk tombak pada masyarakat Melayu ada yang bermata satu (tempuling) dan ada yang bermata tiga seperti trisula (serampang).

Ketentuan Sebagai Senjata
Berdasarkan dari tujuan pembuatan dan penggunaan senjata. Senjata-senjata tradisional masyarakat Melayu pada hakekatnya dapat dibagi atas tiga kategori, yaitu;
• Senjata untuk menyerang
• Senjata untuk mempertahankan diri, dan
• Senjata yang bergerak sendiri,
Berikut diuraikan satu-persatu ketentuan senjata tradisional masyarakat Melayu sesuai dengan tujuan penggunaannya.


Keris di dalam acara adat
Adapun keris digunakan di dalam acara adat yang lazimnya adalah dipergunakan pada beberapa pekerjaan:
- Adat kawin yang diwakili oleh keris
- Panjat Adat.
- Panjat Angkara

Adat kawin yang diwakili oleh keris

Hal yang sedemikian ini dilakukan apabila pengantin lelaki tidak dapat hadir sendiri pada hari akad nikah dan sebagai penggantinya adalah keris yang dihantar dengan acara adat.

Panjat Adat

Seperkara pada pekerjaan ini adalah, jika seorang pemuda (bujang) kecewa di dalam hajatnya meminang seorang dara yang disebabkan oleh halangan orang tua atau saudara mara. Kemudian si pemuda akan menghantar sebilah keris melalui seorang wakilnya.

Wakil itu akan menyampaikan hajat si bujang yang kecewa dan mengatakan bahwa si bujang bersedia membayar mas kawin dua kali daripada sebanyak yang ditentukan adat. Sekiranya pihak dari si dara tetap tidak bersetuju, maka orang tua si dara itu menghantar kembali keris itu dengan mas kawin dua kali lipat daripada yang ditawarkan oleh si bujang.

Panjat Angkara

Seperkara pada pekerjaan Panjat Angkara ini, tiadalah berpatutan jika ianya diperturut. Tetapi oleh karena ianya termasuk dalam pekerjaan yang sudah termaktub, maka hendak jugalah diperkatakan secara sekilas saja.

Adapun pekerjaan ini biasanya diperbuat oleh seorang bujang (lelaki) yang sangat kecewa dan marah karena lamaran atau pinangannnya ditolak. Maka si bujang akan pergi ke rumah si dara dengan maksud untuk merampas si dara dengan ancaman keris.

Jelaslah pekerjaan ini akan sangat berbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan atau maut. Meskipun begitu jika diperturutkan pekerjaan ini si bujang haruslah mempunyai keberanian dan mempunyai cukup uang. Sebab, jika pihak si dara akhirnya menerima pinangan, si bujang haruslah membayar mas kawin dua kali lipat daripada apa yang telah di tentukan. Selain itu si bujang juga harus membayar denda angkara yang dilakukan.


Catatan :
Seperkara pada pekerjaan yang “panjat adat” dan “Panjat Angkara”, tiadalah sepatutnya diperturutkan. Karena hal yang sedemikian lebih banyak kepada pekerjaan yang mudharat, pekerjaan yang hanya mendatangkan pada bencana. Kalaupun penyusun menuliskan hal yang sedemikian, hanya karena sepekara demikian pernah ada dalam kehidupan di masa dahulunya, dan tiadalah berpatutan untuk dicontoh ikuti!

Syahdan oleh karena daerah Kepulauan Riau ataupun Melayu pada umumnya yang terletak pada daerah pesisir, dan hubungan antara satu dengan lainnya begitu erat, maka tiadalah mengeherankan banyak dijumpai berbagai jenis senjata tajam yang juga masuk dalam khasanah kebudayaan Melayu, di antara senjata tajam itu adalah sebagaimana yang ditunjukkan dalam gambar-gambar berikut ini:

Beberapa nama senjata tajam lainnya
Tumbuk lada
Sewar
Badek
Rencong
Lawi Ayam
Lawi Ayam
Beladau
Jembiah
Lading Terus
Apakah itu KERIS


Keris adalah sejenis senjata milik orang Melayu secara turun temurun yang telah digunakan sejak lebih dari 600 tahun yang lalu. Diantara semua alat senjata milik orang Melayu, keris telah mendapat tempat yang sangat istimewa. Sebab, daripadanya dapat dijadikan lambang kemegahan tetapi juga menjadi lambang marwah kepada seorang laki-laki. Selain itu, keris bukan saja dapat digunakan untuk mempertahankan diri bahkan ianya menjadi kebanggaan budaya.

Pada masa dahulu, Orang Melayu akan merasa dirinya bogel jika tidak dilengkapi dengan sebilah keris di pinggangnya. Itu sebabnya kemanapun seorang lelaki Melayu pada masa dahulu selalu mamakai keris di pinggangnya.

Sebagaimana diketahui bahwa menyelipkan keris itu di pinggang sebelah kiri. Tetapi ada sebuah gambar yang pertama kali diperbuat yang menunjukkan Orang Melayu mamakai keris diselipkan di pinggang sebelah kanan, gambar itu dilukis oleh de Eredia lebih kurang pada tahun 1613 di Negeri Melaka. Tetapi pada tahun 1882, Major Fred Mc Nair menyatakan bahwa alat kelengkapan orang Melayu menyelipkan keris di pinggang sebelah kiri.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmudsyah di abad ke-15, pernah membuat ketentuan tentang penggunaan keris itu, diantaranya adalah ketentuan yang boleh memakai keris ulu kencana atau keris terapung gabus. Kemudiannya cara menyelipkan keris di pinggang sebelah kiri, apabila di waktu aman ujung ulu keris itu hendaklah dipusingkan mengarah ke dalam, sedangkan pada masa perang (huru-hara) ujung ulu keris dipusingkan arah ke luar. Dan juga semasa menghadap Sultan, ulu keris hendaklah ditutup dengan kepala sampin.

SELINTAS SEJARAH KERIS


Keris adalah sebilah senjata pendek ataupun panjang yang mempunyai sepasang mata tajam dan ujungnya meruncing. Ada yang lurus dan adapula yang ber-lok. Pengecualian hanya kepada yang bernama Sundang yang digunakan untuk menetak atau menebas. Keris adalah senjata yang digunakan untuk menikam. Untuk mengenali sebuah keris lebih mudah dengan adanya Ganja, sesuatu nama yang tidak ada pada senjata tajam lainnya.

Sebenarnya sejak kapan keris itu diciptakan?

Ada beberapa pendapat yang berbeda dari kalangan cerdik pandai tentang sejak bila sebenarnya keris itu diciptakan. Menurut keterangan Sir Stamford Raffles melalui bukunya mengatakan bahwa gambar arca di candi yang terletak di Suku, tana Jawa, ada menunjukkan gambar orang yang sedang menempa (membuat) keris. Candi tersebut bertarikh tahun 1361-1362.

Sedangkan Crawfurd pula menyatakan bahwa gambar-gambar arca yang terdapat pada candi-candi lama di Jawa tidak menunjukkan adanya gambar keris, melainkan yang ada hanya gambar pedang dan lembing. Namun demikian terdapat pula sebuah gambaran pada sebuah candi yang berada di gunung Lawu bertarikh abad ke 15 dengan beberapa gambar keris.

Selain dari bukti-bukti tersebut adalah beberapa buah cerita yang menarik berkaitan dengan keris. Satu daripadanya adalah bahwa keris telah diperkenalkan oleh seseorang yang bernama Sakutram seorang raja yang beragama Hindu. Kononnya Sakutram dilahirkan bersama dengan sebilah keris dan nama keris itu adalah Keris Pasopati.

Kononnya pula bahwa keris telah diperkenalkan oleh Panjin, seorang pahlawan di dalam cerita-cerita panji, tetapi karena tarikh tersebut tahun 920 sebelum masehi, ianya dikatakan sangat awal apabila dibandingkan dengan bukti-bukti yang teradapat pada candi-candi lama. Selain itu seorang sarjana Barat bernama Crawfurd mengatakan bahwa keris diperkenalkan Inakarto Pati, Raja di Jenggala, pada awal abad yang ke 14. Kemudiannya ada lagi sarjana Barat yang bernama Dr. Van Stein Callenfesl mengemukakan bahwa keris Majapahi telah dicipta pada abad yang ke 7. Memang anggapan ini tiadalah mempunyai bukti-bukti yang kuat.

Seperkara yang menarik adalah bahwa wayang-wajang kulit Jawa yang lama tidak dilengkapkan dengan keris, tetapi pada wayang-wayang kulit Jawa yang dimainkan pada abad ke 14 telahpun mengenakan keris.

Menurut seorang pakar dari negeri Barat, yaitu G. B. Gardner (dalam tahun 1936) mempunyai pikiran yaitu asal muasal Keris Majapahit adalah ditiru dari bentuk sengat ikan pari, demikian juga dengan keris-keris yang lain. Menurut dua orang sarjana Barat itu, jikalau sebilah sengat ikan pari itu dibuang pada bahagian pangkalnya lalu dibalut dengan kain, maka ia boleh dipegang di antara ibu dan anak-anak jari sebagai senjata pendek yang membahayakan. Gardner sendiri pernah memasang sebuah ulu keris pada sebilah sengat ikan pari. Akan tetapi pemikiran Gardner itu dibantah oleh G. C. Woolley pada tahun 1947, ia mengatakan sengat ikan pari sememangnya boleh dijadikan sebagai senjata, tetapi tidak bermakna keris ditiru dari sengat ikan pari itu. G.C.Woolley menambahkan, bahwa untuk orang yang bertempat tinggal berdekatan dengan laut mungkin akan mudah mendapatkan sengat ikan pari itu, tetapi bagaimana dengan orang yang tinggal jauh di darat? Padahal di darat juga boleh mendapatkan bahan yang tajam seperti bilah-bilah buloh. Kalaupun memandangkan kepada sengat ikan pari, itupun tidak boleh diterima. Sebab, bisa ikan pari hanya terkandung pada kelenjar ikan pari yang masih hidup saja yang terletak di duri-duri atau gerigi ke arah pangkalnya pada sengat ikan pari, tidak sedikitpun di jumpai pada keris-keris jenis apapun. Sengat ikan pari tidak berbadan lebar seperti halnya keris, dengan demikian walaupun sengat ikan pari dapat dijadikan senjata, bukan berarti keris ditiru daripada bentuk sengat ikan pari.

Di lain pihak seorang pakar keris G. C. Griffith Williams (dalam tahu 1937) mengatakan, bahwa keris telah diciptakan pada sekitar abad ke 14 dan ke 15 yang telah dijadikan senjata oleh orang-orang Majapahit. Menurut G. C. Griffit Williams bahwa keris telah tercipta daripada mata lembing, senjata yang telah sangat lama dipergunakan oleh masyarakat di gugusan pulau-pulau Melayu. Memandang kepada lembing yang mempunyai batang-batang yang panjang maka ianya tiadalah mudah untuk dibawa kemana-mana sebagai pelindung diri dalam pertempuran. Konon, pada masa besi sukar diperdapat, bila terjadi suatu pertempuran maka prajurit-prajurit itu berundur untuk memisahkan mata lembing daripada tangkainya.

Pada saat itulah diketahui bahwasannya mata lembing yang dapat dijadikan senjata pendek itu sangat berguna. Kemudian mereka membuat dagu yang tumpul pada bagian ganja senjata itu supaya menjauhkan dari kecederaan pada saat di selipkan ke pinggang atau di gunakan.

Syahdan berterusanlah orang-orang cerdik pandai itu bersengketa pendapat dan pikiran tentang asal masal diciptakannya keris itu, tetapi kesemuanya mempunyai kelebihan dan kelemahannya masing-masing, dan sampai setakat inipun belumlah sesuatu pendapat yang boleh menjadi pegangan atau dipercayai kebenarannya kepada semua orang, tentang asal-usul keris tersebut. Mudah-mudahan di suatu ketika nanti kesemuanya akan lebih jelas lagi dan mendapatkan bukti-bukti yang tepat.




SUMPAH PENDEKAR




Sumpah pendekar
Pantang undur walaupun setapak
Pantang maut sebelum ajal
Pantang derhaka pada titah
Pantang keris di pinggang kalau tidak berani mati

Mampukah aku singkap
Apa yang tersirat
Yang selama ini aku genggam erat

Bolehkah aku ungkap
Frasa yang lengkap
kerana bibir belum tega berucap

Matlamatnya
Agar qalbu yang disalut kenangan silam
Bakal hari semakin kusam
Lalu memberi sedikit laluan
Menghadirkan peluang dan ruang
Buat sang nilam datang bertandang