Friday 27 April 2012


§

FUNGSI KERIS DALAM MASYARAKAT MELAYU


Image Detail
Keris mempunyai kedudukan penting dalam masyarakat Melayu dari dulu sampai kini. Anggapan keris hanya senjata untuk berperang atau membunuh tidak benar sama sekali. Fungsinya samada secara sosiologikal atau antropologikal tidak dapat dinafikan antara lain sebagai: 
§1.  Simbol Kekuasaan
§
  • Keris dijadikan perangkat adat istiadat yang melambangkan kekuasaan , kewibawaan, kedaulatan seseorang raja  atau sultan sesebuah negeri,misalnya Keris Tajung dan Penyalang adalah keris rasmi Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong Malaysia . Keris Tajung dari gading bertatah emas, melambangkan seorang raja dari bangsa agong, keturunan yang baik, berwibawa, berkarismatik, ketuanan terhadap jajahan takluknya yang sekaligus bangsa Melayu adalah bangsa agong, bangsa terhormat. Terapang pula adalah keris keadilan dan perundangan yang bertapak kuda berbunga pakma (raflesia) sebagai pelindung, penaung yang membawa kesejahteraan kepada rakyat untuk berlindung dan bernaung.


§
  • Perkara yang sama juga terjadi kepada negeri-negeri bersultan di Malaysia. Setiap negeri mempunyai keris kebesarannya. Negeri Sembilan berbeza sedikit kerana tidak mempunyai keris pendek tetapi lapan bilah keris panjang, sebagai keris diraja yang semua berasal dari Pagar Ruyong Sumatera. 
§
§
  • Di  zaman dulu, keris di anugerahkan kepada pembesar sesuai denghan jawatan masing-masing sebagai kuasa mentadbir. Misalnya negeri Kelantan, Sultan menganugerahkan keris anak alang kepada penggawa (penguasa daerah) sebagai lambang penyerahan kuasa untuk mentadbir daerah di bawahnya. 


§2. Perantara Perbomohan dan Perubatan

§
  • Kerana keris dipercayai mempunyai mistik, juga dianggap azimat, keris seringkali digunakan sebagai perantara iaitu “berisi”, berkhadam, bercahaya dan sebagainya. Sehingga ada keris khusus untuk sakit tuan (lemah tenaga batin) iaitu keris kepala mayat seakan-akan keris picit.




§3.  Keris sebagai pelengkap adat istiadat Melayu. 

  • Dijadikan pelengkap berbusana adat istiadat perkahwinan yang mana pengantin lelaki menyelit keris pendek  di pinggang dan membawa keris panjang di tangan kanan. Meminjam konsep raja iatu Raja Sehari.
§
§4. Keris Cenderamata .
  • §Cenderamata antara kerajaan, misalnya dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan Melaka menerima dan menghadiah keris kepada negeri-negeri sahabat dan juga taklukannya. Sultan Iskandar Muda, sultan Acheh telah menghadiah sebilah keris panjang kepada King James 1, raja England pada tahun 1613.

    5. Persilatan.

    Digunakan sebagai senjata utama dalam pertarungan Seni Silat Beladiri Melayu Nusantara seperti silat gayong,silat cekak dan lain2.


    §Penutup:

    §Memahami keris Melayu, memerlukan kefahaman tentang budaya Melayu itu sendiri. Keris merupakan bendawi yang di dalamnya terkandung gagasan, wawasan, aspirasi, hasrat, perasaan, akal budi yang segala macam yang tersurat “Melayu, bangsa agong”, psikologi dan emosi, adat dan undang-undang, kedudukan dan peranan manusianya, sehingga “Melayu takkan hilang di dunia” dalam apa jua keadaan.
    §
    §Wallahualambissawab.

§

  • §

No comments:

Post a Comment